Wikia HUNTER X HUNTER
Advertisement

Killua Zoldyck (Bahasa Jepun: キルア=ゾルディック, Ejaan: Killua=Zaoldyeck) merupakan watak utama HUNTER X HUNTER yang berasal dari Keluarga Zoldyck.

Sejarah

Killua Zoldyck, anak alang kepada Keluarga Zoldyck, dan juga pewaris dari keluarga pembunuh. Semenjak kecil, Killua telah menerima pelbagai latihan yang melibatkan pertumpahan darah, oleh itu dia dilatih sebagai pembunuh yang tiada perasaan kasihan. Selain memperoleh kemahiran pembunuhan, dia dapat menahan kesakitan dari kuasa elektrik dan juga bahan beracun. Pada usia tiga, Killua telah menerima kemahiran menjejak orang. Seterusnya pada usia enam, dia dipaksa oleh keluarga untuk menyertai pertandingan pertaruhan yang diadakan di Arena Langit. Ia boleh dikatakan bahawa zaman kanak-kanak Killua dikelilingi latihan-latihan tersebut.

Semasa Killua berusia 12, dia pernah mengeluarkan perasaan sebenar kepada anggota keluarganya bahawa dia juga mampu membuat keputusan untuk kehidupan sendiri. Namun, kejadian ini menyebabkan ibunya Kikyo dengan abang ngahnya Milluki marah serta menghalangnya berbuat demikian. Killua terpaksa mencederakan Kikyo dan Milluki lalu melarikan diri. Demi menghabiskan masa luang, Killua membuat keputusan untuk menyertai Peperiksaan Pmburu supaya dia mampu menangkap keluarganya untuk mendapat ganjaran lumayan.

Dalam kisah

Bahagian Peperiksaan Pemburu

KIllua (nombor pengambilan peperiksaan pemburu: 99) dan peserta-peserta lain telah berada di dalam terowong Zaban. Dia bertemu dengan Tonpa dan juga menerima minuman dari padanya. Walaupun Killua mengetahui bahawa minuman Tonpa mengandungi bahan julap, akan tetapi dia masih menghabiskan minuman itu. Sementara itu Tonpa terkejut bahawa Killua mampu menahan bahan racun.

Bahagian Keluarga Zoldyck

Bahagian Arena Langit

Bahagian Bandar Yorkshin

Bahagian Greed Island

Bahagian Semut Kimera

Bahagian Pengundian Pengerusi Pemburu Ke-13

Personaliti

Gemar makan sesuatu yang manis.

Penampilan

Seorang pemuda yang mempunyai rambut perak.

Alatan

  • Papan luncur
  • Yo-yo

Kuasa dan keupayaan

Nen

  • Izutsushi (雷掌)
  • Narukami (落雷)
  • Kanmuru (神速)

Sebutan

  • "Pembunuhan, ianya perniagaan keluarga. Semuanya pembunuh. Keluarga saya letak banyak harapan terhadap saya, tapi saya tak rasa sepatutnya ikut keinginan mereka saja..."
  • "Gon, kamu ialah cahaya. Kadang kala sampai saya tak mampu nak lihat kamu....tapi boleh tak saya berada di tepi kamu?"
  • "Sekarang baru saya tahu... saya tak pandai bergaul dengan makcik."
  • "Kuasa elektrik tak dapat cederakan saya, ia pernah menjadi satu latihan penyeksaan. Semasa saya kata saya tak sakit, maksudnya saya masih boleh tahan kesakitan. Jadi saya masih dapat rasai kesakitan. Kau buat saya marah ni."
  • "Kalau saya abaikan seorang kawan yang saya mampu bantu, adakah ni bermaksud khianat?"

Trivia

  • Nama Killua berasal dari Bahasa Inggeris "killer (pembunuh)".

Rujukan

Templat:Reflist

Advertisement